Aksara Hana


SalamUkhuwah!
Hati berbicara melalui bait-bait kata,
Di dalam warkah bisu.
Sendiri sepi.

Yang menemani,
Hanya titisan mutiara jernih.

ChatBox!


HalwaTelinga

Credits

Basecode: Atin Tory
Edit:Timi
Re-Edit:Your Name
Help: Atiqah
Cinta Ajnabi.
Thursday 25 June 2015 | 20:02 | 0 comments


Cinta ajnabi,
Jangan letak di hati,
Tapi biar ia di tangan.

Bila ia menyakiti,
Lepaskan ia pergi.

Dalam kita sibuk mendamba cinta ajnabi,
Kita lupa akan satu cinta,
Cinta hakiki,
Yang bersemi buat selamanya.

Raih cinta Ilahi,
Cinta yang hakiki,
Tidak akan dikau sesali,
Malah bahagia yang dikau miliki.

Alangkah beruntungnya dikau,
Duhai si pendamba cinta Tuhan💕💕


26 Jun 2015,
Dari Kaca Mata Seorang Hana💕


Seindah Sabar.
| 02:21 | 0 comments



Kita tak boleh padam apa yang telah terjadi,
Tapi kita sentiasa ada peluang untuk memulakan sesuatu demi masa depan.

Yang berlaku biarkan berlalu,
Apa yang kita pilih untuk jadi saat ini,
Itu lah yang akan menentukan keseluruhan cerita kita,
Allah selalu ada untuk kita percaya pada apa jua akhirnya takdir.

Hidup ni satu proses,
Ya,
Mungkin awak terluka awalnya,
Tapi pada akhirnya in shaa Allah ia akan berbaloi.

Cinta macam proses membesar,
Nak belajar berdiri, berjalan, berlari berapa kali kita jatuh?
Dan akhirnya kita boleh juga buatkan?

Berapa kali pun kita jumpa orang yang kita cinta, kalau bukan jodoh mesti sakit,
Tapi percaya lah,
Akhirnya kita akan jumpa,
Akan end up dengan orang yang betul,
Yang akan bersama dengan kita,
Sampai akhir hayat.

Impian yang kita simpan, biar padaNya,
Hanya padaNya,
Cari jawapan dalam setiap solat dan doa,
Sebab tak semua benda sesuai dikongsikan dengan manusia,
Walau dengan orang yang kita paling sayang pun.

Doa adalah cara untuk meminta Allah memelihara dan membahagiakan kita,
Kerana cinta tak lahir dari janji,
Tapi mekar dan berbisik kepada ilahi,
Sebab cinta mungkin lenyap dalam runtuhan mimpi,
Tapi ia takkan hilang dari simpanan doa.

Kalau doa awak tak pergi kepada orang yang awak nak, mungkin ia untuk orang lain,
Yakin lah demi Allah, takdir tersurat dalam acuan yang berbeza,
Dia ada jalan lain,
Awak ada jalan lain,
Pada akhirnya akan tiba juga bahagia.

Walau pun jalan awak dan dia berbeza,
In shaa Allah, semuanya kerana Allah,
Datang dan pergi kerana Allah,
Bertahan dan melepaskan kerana Allah,
Kuat dan tersenyum lah juga kerana Allah💕


25 Jun 2015,
Dari Kaca Mata Seorang Hana💕

Luka.
Wednesday 24 June 2015 | 19:31 | 0 comments




Susur hidup yang panjang,
Berbekalkan masa yang singkat.

Suka suka,
Tangis tawa,
Penat lelah,
Bercampur baur menjadi--
Satu rasa yang takkan mampu diungkap.

Pandang langit,
Lepaskan keluhan,
Manik-manik jernih--
Berguguran.

Satu persatu persoalan,
Bersarang di fikiran.

Hinggakan satu masa,
Serasa mahu pergi,
Sejauhnya,
Mencari identiti,
Yang kian lama hilang.

Tak tegur, tak bermakna lupa,
Tak tegur, tak bermakna benci.

Kerana berdiam itu,
Mampu merawat luka-luka,
Di hati antara kita.


25 Jun 2015,
Dari Kaca Mata Seorang Hana💕


Hati.
| 19:14 | 0 comments




Hati.

Bila cerita pasal hati,
Semua tidak mengerti.

Kita mahu orang faham isi hati kita,
Sedangkan kita sendiri,
Tak mahu bantu diri kita memahami hati sendiri.
Bila bersoal tentang hati, 
Semua takkan memahami.
Mengapa ia terjadi?

Kerana tiada siapa pun di dunya ini,
Dapat memahami hati manusia lain,
Bahkan hati sendiri pun belum seratus peratus,
Dapat dia dalami.

Hadamlah,
Cuba sekali sekala belajar hidup bersendirian.
Dalami diri sendiri,
Dua mata untuk lihat kebaikan orang,
Dan dua mata untuk lihat keburukan sendiri. 


25 Jun 2015,
Dari Kaca Mata Seorang Hana💕

Hanya Pada Dia.
Tuesday 23 June 2015 | 03:26 | 0 comments



Rebah,
Lemah,
Futur.

Ya,
Itu yang kau rasa.

Kau masih mengharap,
Akan sekujur tubuh datang membantu.

Kau masih mengharap,
Akan ada huluran tangan hadir menerpa.

Kau menanti dan terus menanti,
Namun, betullah yang dikatakan,
Penantian itu suatu penyeksaan.

Nyatanya kosong,
Tiada siapa datang membantu,
Malah mereka hanya pandang sekilas,
Akan keadaan kau yang terduduk kaku,
Tiada daya untuk bangkit.

Mana?
Mana perginya segala kata manis,
" Susah senang kita tempuhi bersama, "

Saat kau senang,
Saat kau bahagia,
Keliling pinggang mereka menemani,
Tanpa jemu,
Tanpa bosan.

Dan baru ini kau jatuh,
Tiada daya untuk bangkit,
Kau mengharap belas simpati dari mereka,
Yang ada cuma,
Satu persatu makin menjauh,
Meninggalkan diri yang sedang terkapai-kapai,
Di lautan kefuturan.

Ternyata kau silap membuat percaturan,
Terlalu meminta belas ihsan si hamba abdi,
Sehingga lupa untuk meminta belas ihsan dari Dia.

Ayuhlah,
Pulanglah kamu ke pangkuan Dia.

Kejatuhan ini,
Kefuturan ini,
Kelemasan ini,
Dia kirimkan kepadamu,
Agar kamu sedar akan sebuah hakikat,
Norma manusia yang akan kembali kepada TuhanNya.

Tiada yang terlepas,
Walaupun satu,
Tiada.

Manusia di keliling kita sekarang,
Tak selamanya bersama.

Bersedia untuk ditinggalkan.

Ayuh,
Padamkan segala harapan pada manusia,
Yang ada cuma kekecewaan di kemudian hari.

Pasakkan segala harapan dan impian pada Dia,
Hanya pada Dia.

23 Jun 2015,
Dari Kaca Mata Seorang Hana.


Bidadari.
| 01:17 | 0 comments




Bidadari itu,
Hanya milik seorang lelaki,
Bukan sang ajnabi,
Tetapi si suami,
Yang memimpinnya ke syurga Firdausi.

Bidadari itu,
Yang tegas di luaran,
Tapi lembut di dalam,
Yang murah maharnya,
Tapi mahal dirinya.

Bidadari itu,
Tak ternilai harganya,
Tak terbeli dengan dunia,
Tak terpedaya dengan tipu daya,
Dan tak mudah cair dengan 'kata-kata'.


23 Jun 2015.


Ujian Tanda Cinta Dia.
Monday 22 June 2015 | 20:48 | 0 comments


Bila jatuh,
Cuba untuk bangun.

Bila futur,
Cuba untuk bangkit..

Waima pada hakikatnya tidak mudah seperti yang disangka,
Tak mudah untuk keluar daripada belenggu kejatuhan,
Apatah lagi kefuturan.

Terkadang,
Bila fikir balik,

" Kenapa aku jaa yang selalu diuji? Kenapa aku? Kenapa tidak orang lain? "

Mohon refleksi diri semula,
Siapa kita untuk mempersoal segala perancangan Allah?
Siapa kita untuk terus menyalahkan takdir?

Apa yang Dia telah tetapkan,
Pasti itu yang terbaik buat diri,
Cuma cepat atau lambat,
Segala hikmah yang Dia mahu hadiahkan,
Bakal tersingkap.

Duhai jiwa-jiwa yang sedang rabak,
Duhai diri yang sedang dilanda kefuturan,
Bangkitlah,
Bangkit dan terus melangkah,
Berjalan tanpa henti,
Menerokai alam kehidupan.

Bawa bersama jiwa yang tabah,
Supaya tatkala diuji,
Diri masih mampu tersenyum,
Walau pada dasarnya,
Hanya Allah yang tahu,
Betapa remuknya hati.

Pasti,
Sudah pasti apa yang telah terjadi,
Punya hikmah yang sungguh indah,
Yang tak terbayang dek akal.

Yakin,
Yakin seyakin-yakinnya pada Dia.

Dah boleh hapus air mata di pipimu, sayang,
Senyum.


23 Jun 2015,
Dari Kaca Mata Seorang Hana.


Older Post
Navi
BLOG FaceBook