Aksara Hana


SalamUkhuwah!
Hati berbicara melalui bait-bait kata,
Di dalam warkah bisu.
Sendiri sepi.

Yang menemani,
Hanya titisan mutiara jernih.

ChatBox!


HalwaTelinga

Credits

Basecode: Atin Tory
Edit:Timi
Re-Edit:Your Name
Help: Atiqah
Luka.
Wednesday 24 June 2015 | 19:31 | 0 comments




Susur hidup yang panjang,
Berbekalkan masa yang singkat.

Suka suka,
Tangis tawa,
Penat lelah,
Bercampur baur menjadi--
Satu rasa yang takkan mampu diungkap.

Pandang langit,
Lepaskan keluhan,
Manik-manik jernih--
Berguguran.

Satu persatu persoalan,
Bersarang di fikiran.

Hinggakan satu masa,
Serasa mahu pergi,
Sejauhnya,
Mencari identiti,
Yang kian lama hilang.

Tak tegur, tak bermakna lupa,
Tak tegur, tak bermakna benci.

Kerana berdiam itu,
Mampu merawat luka-luka,
Di hati antara kita.


25 Jun 2015,
Dari Kaca Mata Seorang Hanađź’•



Older Post | Newer Post
Navi
BLOG FaceBook