Aksara Hana


SalamUkhuwah!
Hati berbicara melalui bait-bait kata,
Di dalam warkah bisu.
Sendiri sepi.

Yang menemani,
Hanya titisan mutiara jernih.

ChatBox!


HalwaTelinga

Credits

Basecode: Atin Tory
Edit:Timi
Re-Edit:Your Name
Help: Atiqah
Kau Hadir.
Saturday 20 June 2015 | 09:49 | 0 comments





Duduk aku di suatu sudut,
Sambil dongak ke langit,
Melihat lukisan ajaib yang Allah nukilkan di dada langit.

Suasana malam itu,
Sejuk,
Damai,
Tenang,
Seperti malam-malam sebelumnya.

Barusan aku menerima kiriman Whatsapp,
Dari kesayangan yang bertahta di hati,

" Adik sama dengan akak. Mungkin ada hikmah Allah hadirkan adik dalam hidup akak. Kita banyak persamaan. Moga adik selalu ada untuk akak, selalu jaga sayang adik kat akak. Akak tak nak kehilangan adik, "

Senyum.

Satu persatu mutiara jernih jatuh ke pipi.

Ya.

Suatu tika dahulu,
Aku hanyalah aku,
Yang picisan cuma,
Tidak punya apa-apa,
Kosong.

Ramai yang cuba singgah ke dalam kehidupanku,
Aku benarkan,
Aku izinkan,
Kerna apa?
Kerna dengan harapan mereka yang hadir dalam kehidupanku,
Dapat membawa 1001 makna yang indah buat aku,
Di samping dapat membawa serta membimbing aku ke landasan yag benar.

Namun,
Apa yang aku perhati,
Kebanyakan daripada mereka bertopengan cuma,

Mulai detik itu,
Ku tutup pintu hati,
Untuk menerima kunjungan daripada sesiapa,
Bukannya sombong,
Cuma sebagai langkah berwaspada,
Agar aku tidak binasa di kemudian hari.

Suatu hari,
Didatangkan oleh Dia,
Seseorang kepadaku,
Dan aku tidak tahu kenapa,
Hati aku tertarik akan setiap sesuatu yang ada pada dirinya.

Ku hulurkan salam perkenalan,
Dan detik itu kita mula rapat,
Bagaikan kakak adik,
Sedangkan kita tidak punya talian apa-apa,
Melainkan tali persaudaraan sesama islam.

***

Malamku kini tidak lagi ditemani air mata,
Tidurku kini tidak lagi dihantui mimpi buruk,
Kerna aku tahu,
Setiap yang berlaku pasti punya hikmah yang bakal tersingkap.

Yang membezakannya,
Cuma cepat atau lambat,
Yang penting hati tetap sabar, redha serta ikhlas.

Lumrah kehidupan,
Manusia datang dan pergi,
Silih berganti,
Umpama lautan yang punya pasang surutnya.

Yang namanya kehidupan,
Bilamana adanya pertemuan,
Di situlah akan adanya perpisahan.

Ada asbab kenapa Allah hadirkan insan-insan tertentu dalam hidup kita,
Mungkin mereka hadir untuk membawa tuah,
Mungkin mereka hadir untuk memberi kesedaran,
Mungkin juga mereka hadir untuk melengkapi sisi kosong yang ada dalam hidup kita.

Tapi kenapa untuk seketika?
Kenapa tidak untuk selamanya?

Kerana,
Allah mahu kita sedar,
Tiada yang kekal di dasar bumi ini,
Tiada,
Zero.

Cuma yang hanya akan kekal selamanya,
Hanya Allah.

Ya,
Hanya Allah.

Beruntung kamu yang selalu dititipkan mehnah dari Dia,
Itu tanda Dia sayang,
Tanda Dia ingat,
Tanda Dia peduli.

Buat apa nak meratapi,
Pemergian insan,
Yang tidak tahu untuk hargai diri kamu?

Sedangkan terlampau ramai,
Insan yang berada di kelilingimu,
Mengambil berat akan kamu,
Cuma kamu tidak terbuka hati untuk melihatnya.

Kerna apa?
Kerna kamu masih mengharapkan insan yang satu itu,
Bukan?

Yang sudah pergi,
Biarkan dia pergi,
Dia sudah bahagia dengan kehidupan dia.

Kamu,
Sila hargai,
Mereka yang setia di sisimu,
Tanpa jemu.

Jangan bila dah tak ada di depan mata,
Baru nak meratapi pemergiannya.

Tiada guna.

Namun,
Itulah yang dikatakan,
MANUSIA.

21 Jun 2015,
Dari Kaca Mata Seorang Hanađź’•


Older Post | Newer Post
Navi
BLOG FaceBook